Tuesday, December 31, 2013

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt..


Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayangan iman bersawang hampir setahun lamanya tidak berupdate dengan warkah entri yang baru tapi tak mengapa di kesempatan ini iman mencuri masa yang ada menulis warkah terakhir untuk tahun 2013.

Iman mengalami banyak kesulitan masa untuk menulis (T_T).  Pelbagai dugaan iman sekeluarga tempohi. Allah menguji kami..dengan iman terpaksa mengorbankan masa dan kerjaya sebelum ini untuk bonda kesayangan iman..iman berhenti kerja untuk jaga bonda di hospital KPJ Johor Bahru kemudian kami transfer bonda ke hospital besar Johor Bahru di sebabkan kos hospital tinggi kami tak mampu..Doktor juga mengesahkan bonda menhidap kanser hati tahap pertama, walaupun belum tahap yang berbahaya tapi masa melihat bonda sakit, hati iman tidak berhenti berdoa agar bonda cepat sembuh..sebab iman tidak mahu terjadi apa-apa pada bonda sebab belum bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.


Tapi Berkat sabar, tawakal dan doa yang tak putus-putus..alhamdullillah~ Bonda kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya pelbagai cara perubatan kami cuba moden sehingga perubatan islam trandisional. Syukurlah..Bukan itu sahaja bermacam iman lalui tahun 2013 hampir kehilangan orang yang iman sayang, bermacam-macamlah dugaan iman tidak dapat nak merungakai di sini biarlah iman simpan kesakitan ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Iman juga teringat kata-kata seorang kenalan dia selalu mengingatkan iman walaupun macam mana sekali dugaan kita lalui.. insyaallah "Ada pelangi yang akan muncul kemudian hari" hanya perlu bersabar. Terima kasih sahabat kata-kata itu membuat iman menjadi seorang yang sabar walau saban hari menitis air mata tanpa henti.

Iman harap sangat "PELANGI" akan muncul dan bercahaya dalam kehidupan iman sekeluarga. Keceriaan warna-warni dalam setiap langkah kami. Sekian ini, warkah terakhir iman. 

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2013.





No comments:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...