Tuesday, April 17, 2012

Ketahui Sifat-Sifat Kaum Hawa Melalui Cara Berjalan!!!



Assalamualaikum..wbt..

Yuhuu!! kaum-kaum hawa yang membaca blog cik iman sila perihatikan cara berjalan anda sedang berjalan sebabnya ada yang memerhati dan mengintai pergerakan anda selepas ini..hehe..

Sumber ini adalah untuk anda mengenali peribadi pasangan memasingkan, sudah memadai jika anda merujuk kepada empat kriteria yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad dalam memilih pasangan. Namun, di zaman moden sekarang dengan kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi tentang sifat-sifat manusia, hasil kajian yang mereka boleh juga dijadikan panduan. Contohnya, peribadi seorang wanita boleh diketahui dengan melihat cara atau gaya si dia berjalan. Ciri-ciri dibawah hanyalah berdasarkan pandangan orang yang mengkaji dan tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis.



1. Ketika berjalan, selalu menoleh ke kiri dan kanan.

Sifat:
- Wanita sebegini suka menyimpan rahsia.
- Senang diatur dan diuruskan.
- Wanita begini juga menjadi buruan lelaki.


2. Jika berjalan dan diperhatikan dari arah belakang seolah-olah tidak berpijak ke bumi. Menginjat.
Sifat:
- Kononya tidak jujur.
- Kalau berbual, mulutnya celupar dan menyinggung perasaan orang lain.
- Ego, pemboros dan suka membazir wang.
- Biasanya menjadi pujaan lelaki.

3. Suka menunduk bila berjalan.
Sifat:
- Sifat tertutup.
- Boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
- Hanya berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya sahaja.
- Tidak peduli dengan kehidupan cinta.
- Kalau ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, pasti lelaki itu bahagia. Wanita jenis ini setia dan tidak mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan menatap lurus ke hadapan.
Sifat:
- Berpendirian yang teguh dan susah untuk mengoncang imannya.
- Suka berleter terutamanya jika menentang apa yang pernah dikatakannya.
- Suka berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Berjalan dengan badannya sering bergerak ke kiri dan kanan.
Sifat:
- Tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
- Apa-apa masalah yang dihadapinya dianggap kecil walaupun sestengah masalah memerlukan perhatian dan kebijaksaan untuk diselesaikan.
- Akibat sikapnya, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya merugikan diri sendiri.

6. Jika berjalan nampak tegap.
Sifat:
- Tegas dalam menentukan sikap sendiri.
- Tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain.
- Serius bila berbicara.
- Bertanggungjawb terhadap apa-apa ynag dilakukannya.
- menyenangi lelaki yang berdikari dan romantik.

7. Bila berjalan kelihatan seperti zirafah, iaitu bila berjalan badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Sifat:
- Lemah perasaan.
- Mudah terasa dan tersinggung.
- Mudah mengalirkan air mata.

Wallahu a’lam.


2 comments:

  1. macam zirafah pun ada ye? huhu..

    ReplyDelete
  2. @Lan Bingka
    kaki zirafah xsure ade ke x..haha..lom silidik lg lan binka=)

    ReplyDelete

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...