Friday, April 27, 2012

Spontan Bersama Ben Ashaari


Bismillahhirrahmannilrahhim..

Alamak!!! Komen Spontan???

mengharap dapat komen spontan yang baik-baik dan teguran yang baik serta membina kan...

gud luck semua blogger join segmen spontan Ben Ashaari!! Klik sini ya =D









Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Segmen : Ben Ashaari Dan Blog Aku !!


blog iman SANTAI jee....!!!


Jom awak - awk semua join segmen ini >>>> Datang sini senyum sekali ( ^ , ^ )/

Please Klik ini pastu VOTE ! Ben Ashaari..





Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Tuesday, April 24, 2012

Tidak di duga rasa ini..


Assalamualaikum..wbt..

Sejak beberapa hari ini, iman rasa seber tak kene tidur pun tak nyenyak..tapi iman masih boleh mengawal perasaan itu tanpa dihidu oleh sesiapa pun gelisah yang ada jauh disudut hati kecil ini..

Entahlah!! iman sendiri pun tak tahu...kenapa?? tertiba butir-butir jernih mengalir di mata sepet iman tanpa ada paksaan...yang pasti sekarang pikiran iman berat dengan sesuatu...hurm...iman biarkan saja perasaan tu dan tidak kuasa hendak melayan seperti dulu..walau pun jauh di sudut hati iman terasa kesunyian dan sepi..alhamdullillah..kesunyian itu diisi dengan adanya adeq angkat iman namanya cities. Kami hanya berborak ditelefon sekali sekala dan bersms. Kalau adeq cities nak tahu!! akak iman sayang sangat kat cities mucuk dan comey ini walaupun akak tak pernah bersua muka dengan cities secara realitinya mungkin satu hari nanti kita akan bertemu jua..insyaallah..apa apa pun biarlah masa menentukannya segalanya arah tuju hubungan adeq dan akak..

Inilah adeq angkat iman nama dia cities comey kan..=)




## Sorry cities sayang akak ambil gambar ini kat fesbuk cities jgn marah tau..








Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Monday, April 23, 2012

Segmen : Tambah Follower tambah kawan!!



Assalamualaikum...wbt..


Jom awak-awk semua, join segmen ini mari kita follow dua segmen tersebut.

Serta tolong menolongkan termasuk tolong iman sekali laa kan dalam masa 24jam dari sekarang.....Wah!! 

Boleh gitue....hihi...



                                                                                              

Kalau awak - awak nak join >>>> Datang sini senyum sekali ( ^ , ^ )/







Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Saturday, April 21, 2012

Mencari Ketenangan Hati Kita


Assalamualaikum..wbt.

Bismillahirrahmanirrahim



Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.


Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Artikel ini iman ambil dari iluvislam dan membawa kita semua memahami maksud zikrullah untuk dikongsi bersama serta menjalankan ibadah kita dengan lebih mudah..insyaallah..amin.


Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Thursday, April 19, 2012

Iman Teringin Ada Twins Nanti??Bolehkah??



Assalamualaikum..wbt..


Bismillahirrahmanirrahim.


Hehehe...iman tak kisah pun kalau ramai ketawakan iman...memang ini impian iman ingin memiliki twin (anak kembar) siapa sangka kan...!!!   


sweet sangat..
Pada iman, kejadian kembar sangat unit dan mencuitkan hati sesiapa saja.....erm..ciptaan tuhan yang maha agung...kalaulah iman kahwin satu hari nanti lepas tu dikurniakan cahaya mata kembar, alangkah bahagianya....sungguh korang..maklumlah iman ini sudah selalu seorang-seorang ada abang kandung seorang pun jarak beza umur jauh pulak nak bermanja-manjaan pun tak sempat...hmm....

Bila iman, tengok kembar yang kekadang iman jumpa twin pasti pakai baju mesti nak sama tau, lepas tu kerenahnya, terlatahnya dan citarasa mereka juga tidak jauh berbeza sangat..kebiasaankan anak kembar selalu seiring dengan kembar mereka tentunya comel-comel belaka kan??

Tapi, pasangan kembar ini selalu dikaitkan dengan faktor genetik....Alahaiii!! iman pulak tidak mempunyai salasilah keluarga yang bergenetik kembar...macam mana pulak tu...ada harapan ke??? Wallahualam...semua kuasa Allah..SWT.. kecuali kalau iman kahwin dapat bakal suami yang ada genetik kembar...!!! Kebarangkalian terjadilah....hihi...mampu berdoa sajalah malah terserah yang maha Esa-Nya...






Faktor - faktor dan kemungkinan mendapat anak kembar (twain ) :-


1. GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kebarangkalian besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturutkan dekat anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.


2. BILANGAN ANAK
Sesesorang individu pernah melahirkan dan bilangan anak banyak, kemungkinan tinggi berpeluang untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


3. BERAT DAN KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi juga lahir kan anak kembar. Info daripada kajian saintifik.


4. DIET
Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian juga.


5. PENGAMBILAN FORTILITY DRUG
Atau ubat kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalia seseorang untuk hasilkan ovum dalam satu proses ovumlasi sekaligus meningkatkan keberangkalia dapat anak kembar.

Sekian...harap dapat info berguna untuk blogger juga.






Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Segmen Promosi Blog: "Segmen Blog Cik Emma"



Assalamualaikum..wbt..

Bismillahirrahmairrahim


Hai korang semua...hari ini sebagai permulaan iman nak promosikan segmen sahabat blogger kita Cik Emma yang comey tu...hihi..okeylah, iman mulakan dengan tajuk segmen Emma iaitu "Kisah Cinta Pertama"!! Haaa...o'coz korang semua ada cerita tentang kisah cinta pertama korang mesti ada kisah sebaliknya manis ker pahit, masam dan semualah kan.. =D

Jadi macam mana nak join segmen ini? senang saja, korang buatkan satu entri yang mengandungi :-
  • Tajuk entri : " Meh Nak Share Cerita Dengan Emma".
  • Link entri ini kepada Cik Emma.
  • Hadiah yang dijanjikan...MESTERI!!(sila PM cik emma sendiri)

Itu saja yang diperlukan...korang buatlah entri dengan menarik sekali serta menyentuhkan hati sesiapa yang membacanya dan tinggalkan link entri yang telah dibuat pada ruangan komen di entri Emma...

Banner owner yang buat segmen untuk korang join!! Klik Sini ke segmen tersebut.


Sampai bila segmen ini? Tempohnya bergantung kepada sambutan dan tuan ownernya...Jika ramai yang join meriahlah atau sebaliknya...harap korang support segmen Cik Emma ini.

Berbalik kepada kisah iman pulak pasal cinta pertama bagi iman ia agak sensesitif untuk iman lah..hurm..sebab musabahnya hanya Allah..swt saja yang tahu. Setiap apa terjadi dan berlaku kehidupan iman biarlah rahsia..hish!! ayat iman kan tak mengalah..;D err...dari apa berlaku iman hendak lupakan..iman nak buka buku baru dan lembaran hidup yang lebih bermakna dari sebelum ini...amin...doakan iman ia korang supaya iman jadi seorang muslim yang tabah mengharungi dugaan...insyaallah..cukup sampai sini  coleteh iman...korang pulak jangan lupa follow segmen Cik Emma tau!!! =P



Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Wednesday, April 18, 2012

Hadapilah Kepayahan Dalam Hidup Ini..



Assalamualaikum..wbt..



Pegangan hidup dimuka bumi Allah..Ada masanya Allah akan memberi nikmat melalui musibah yang dahsyat, dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan.

Renungkan semula masa lalu dan masa depan kita semua. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang akan menang. Mudah - mudahan Allah menjadikan sesuatu yang menyenangkan kita semua selepas itu. - ( hadis & falsafah).








Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Tuesday, April 17, 2012

Ketahui Sifat-Sifat Kaum Hawa Melalui Cara Berjalan!!!



Assalamualaikum..wbt..

Yuhuu!! kaum-kaum hawa yang membaca blog cik iman sila perihatikan cara berjalan anda sedang berjalan sebabnya ada yang memerhati dan mengintai pergerakan anda selepas ini..hehe..

Sumber ini adalah untuk anda mengenali peribadi pasangan memasingkan, sudah memadai jika anda merujuk kepada empat kriteria yang telah digariskan oleh Nabi Muhammad dalam memilih pasangan. Namun, di zaman moden sekarang dengan kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi tentang sifat-sifat manusia, hasil kajian yang mereka boleh juga dijadikan panduan. Contohnya, peribadi seorang wanita boleh diketahui dengan melihat cara atau gaya si dia berjalan. Ciri-ciri dibawah hanyalah berdasarkan pandangan orang yang mengkaji dan tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis.



1. Ketika berjalan, selalu menoleh ke kiri dan kanan.

Sifat:
- Wanita sebegini suka menyimpan rahsia.
- Senang diatur dan diuruskan.
- Wanita begini juga menjadi buruan lelaki.


2. Jika berjalan dan diperhatikan dari arah belakang seolah-olah tidak berpijak ke bumi. Menginjat.
Sifat:
- Kononya tidak jujur.
- Kalau berbual, mulutnya celupar dan menyinggung perasaan orang lain.
- Ego, pemboros dan suka membazir wang.
- Biasanya menjadi pujaan lelaki.

3. Suka menunduk bila berjalan.
Sifat:
- Sifat tertutup.
- Boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
- Hanya berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya sahaja.
- Tidak peduli dengan kehidupan cinta.
- Kalau ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, pasti lelaki itu bahagia. Wanita jenis ini setia dan tidak mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan menatap lurus ke hadapan.
Sifat:
- Berpendirian yang teguh dan susah untuk mengoncang imannya.
- Suka berleter terutamanya jika menentang apa yang pernah dikatakannya.
- Suka berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Berjalan dengan badannya sering bergerak ke kiri dan kanan.
Sifat:
- Tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
- Apa-apa masalah yang dihadapinya dianggap kecil walaupun sestengah masalah memerlukan perhatian dan kebijaksaan untuk diselesaikan.
- Akibat sikapnya, banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dan akhirnya merugikan diri sendiri.

6. Jika berjalan nampak tegap.
Sifat:
- Tegas dalam menentukan sikap sendiri.
- Tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain.
- Serius bila berbicara.
- Bertanggungjawb terhadap apa-apa ynag dilakukannya.
- menyenangi lelaki yang berdikari dan romantik.

7. Bila berjalan kelihatan seperti zirafah, iaitu bila berjalan badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Sifat:
- Lemah perasaan.
- Mudah terasa dan tersinggung.
- Mudah mengalirkan air mata.

Wallahu a’lam.



Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Thursday, April 12, 2012

Panjat Gunung Lambak part 1

Assalamualaikum..wbt.

Wah!!!! panjat gunung lambak lagiiii...huhu...kalau korang nak tahu dah lama gile iman tak naik gunung lambak tue.. dulu memang rajin laa..pergi panjat gunung o'coz seminggu sekali tapi dengan someone laa still melekat diingatan iman...sekarang yang penting tempat tue untuk kita semua beriadahkan...haha...

Okew..iman pun buat perjanjian dengan BFF Cik Kema & Cik Panda pergi panjat gunung Lambak masa cuti umum hari Rabu jam 7.30am tapi panjat gunungnya dah jejak pukul 8 lebih juga...haha..biasa janji orang melayu memang macamtue...

Memang seronok walaupun penat sakit sana sini tapi berbaloi sebab adanya cik kema & Cik panda di sisi iman..sayang korang haha..opss..kecian cik panda korang ini tau sebabnya tanpa sedar kene gigit pacat dalam diam..tak tahu lah bila masa kene gigit sedar-sedar saja seluar dia penuh darah...tue pasal laa dia pancit masa panjat gunung agaknya...apa-apa pun jangan serik lagi nak naik gunung ek panda...lepas ini kiteorang nak naik sampai puncak gunung Lambak tau...




Panda & Iman


Panda & Kema
sorry la korang cik iman xde mase nak edit gambar so tempek je laa apa ada..hihi..






Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Sunday, April 8, 2012

Potong Kuku Cara Islam (Sunnah)


Assalamualaikum..w.b.t..

Malam ini iman nak share macam mana potong kuku ikut Sunnah Nabi..



Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.


Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: iman lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kita memotong misai(lelaki), memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


"RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.



Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.




MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)

Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,
Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.



SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT




Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Saturday, April 7, 2012

Favorite Perfume Ayu iman



Assalamualaikum..w.b.t..

Kalau korang nak tahu iman ini suka pada wangian tak kisah apa-apa pun yang penting wangi..okey kat bawah ini semua koleksi perfume iman yang pernah pakai.. bajet beli perfume saja plus-plus ada yang murah ade yang mahal.. hihi..XD









kan best kalau ada orang hadiah iman perfume yang paling sedap dan sangat wangi saya suka...=)




Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Friday, April 6, 2012

Istighfar (meminta keampunan) dan taubat..



Assalamualaikum..w.b.t

Hari ini iman tergerak hati nak sharing amalan doa yang selalu di bawa dalam solat dekat blog iman supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca bagi mengahayati amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:



" Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali."


Sabdanya yang bermaksud:



"Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali."


Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:







Maksudya:


"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.


nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


"Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan."

Sabdanya yang bermaksud:


"Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu." 

Sabdanya yang bermaksud:



" Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali."







Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Thursday, April 5, 2012

Jadikanlah diriku antara orang yang bersabar kerana Allah swt.



Bacaan yang saya peti di dalam Buku Jangan Bersedih..dimana buku tersebut memberikan motivasi terhadap individu dan mengajar saya menjadi orang sabar menempuh segala onak duri, hidup di atas muka bumi Allah swt.

Disini diriwayatkan dari Anusyirwan, bahawa ia pernah mengatakan “Semua ujian di dunia ini dikategorikan menjadi dua. Pertama, yang dapat dicari jalan keluarnya. Yang ini sembuh justeru dengan menyambutnya.”

Menurut kalangan bijak bistari : “Untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar.”

Dikatakan: Barangsiapa yang selalu bersabar, pasti akan beroleh kemenangan.”

Peribahasa-peribahasa Arab yang berkaitan dengan sabar banyak sekali:

-        sabar adalah kunci kejayaan.
-        Barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan.
-        Buah kesabaran itu adalah keberhasilan.
-       Takkala musibah yang menimpa itu sedemikian berat, pasti akan datang kebahagiaan.

Yang lain:

-         Takutlah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan.
-         Harapkan beroleh manfaat dan adanya larangan.
-         Ghairahkan hidup ini dengan mencari kematian.
-         Tidak jarang keabadian itu didapati saat mencari kefana’an dan tidak jarang pula   
       kefana’an saat ingin hidup abadi.
-         Keamanan kebanyakan datang dari arah yang menakutkan.

Orang-orang Arab mengatakan: “Sesungguhnya dalam keburukan ada kebaikan.”

Menurut Al-Ashma’I ungkapan di atas bererti, keburukan itu lebih mudah dari apa saja. Sedangkan menurut Abu Ubaidah bererti, jika kita ditimpa musibah kita  harus menyedari bahawa di sana masih ada musibah lain yang jauh lebih besar, sehingga kita akan merasa bahawa musibah yang menimpa diri kita itu masih sangat ringan.

Seorang yang bijak pandai mengatakan: “Akibat dari segala sesuatu itu masih di awang-awangan. Boleh saja sesuatu yang dicintai ternyata ada dalam hal yang tidak disukai, atau yang tidak disukai ternyata ada dalam hal yang dicintai. Orang yang bergelumang dengan kenikmatan ternyata banyak termakan oleh kenikmatan itu sendiri, dan orang yang menderita dalam hidupnya kerana penyakit yang dideritainya ternyata boleh sembuh oleh penyakit itu sendiri.”

Boleh jadi kebaikan itu datang dari keburukan dan sesuatu yang berguna datang dari hal yang membahayakan.

Wada’ah As-Sahmi mengatakan: “Bersabarlah atas keburukan jika itu harus engkau terima kerana boleh jadi keburukan itu membuatmu gembira. Di bawah buih yang terdapat susu putih bersih.” Allah akan mendatangkan kegembiraan tatkala semua harapan telah putus.

Sehingga apabila para rasul sudah tidak mempunyai harapan lagi (akan keimanan kaumnya) dan tekah yakin bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan kami(Yusuf: 110)

…….sesungguh Allah bersama orang-orang yang sabar.(Al-Anfal:46)

…….sesunggupnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar:10)

Seorang penulis mengatakan: “Allah datang menghampiri orang yang dicintainya dari arah yang telah ditentukan sebagai arah datangnya hal yang disukai, dan membukakan jalan keluar ketika tiada harapan telah pupus dan ketika semua jalan telah buntu. Ini semua dimaksudkan agar semua maklumknya terdorong untuk mengalihkan harapannya kepadanya, memurnikan niat untuk bertawakkal kepadanya. agar sesuatu saat nanti ia tidak akan berpaling darinya, dan tidak bosan menunggu jalan keluar darinya. Di samping itu, ketika ia ditimpa kesusahan ia masih tetap dapat tertawa dengan keyakinan bahawa Allah hanya menurunkan ujian yang ringan, bukan yang lebih besar dari itu; dan ia juga masih dapat senang kerana Allah hanya menurunkan musibah yang kecil dibandingkan jika yang ditimpakan lebih besar lagi (yang tentunya tidak dapat ditanggung).”

Barangkali teguran yang ditujukan kepadamu
terpuji kesudahannya
kerana boleh jadi tubuh menjadi sihat
setelah ditimpa penyakit

Ishaq, seseorang ahli ibadah mengatakan: “Mungkin Allah menguji hambanya dengan sesuatu musibah, untuk menyelamatkannya dari kebinasaan. Sehingga musibah menjadi nikmat terbesar baginya.”

“Orang yang bersabar dalam menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah, dan bersabar atas semua kesulitan, nescaya Allah akan menampakkan kepadanya kebaikan agar ia dapat memahami kemaslahatan yang tersembunyi di sabalik itu.”

Cerita dari kalangan Kristian mengatakan bahawa seorang nabi pernah berkata: “Ujian adalah latihan dari Allah, dan tentunya latihan tidak selamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa latihan dan bertahan selama masa ujian langsung. Dia berhak mengenakan mahkota kemenangan dan mahkota kejayaan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang mencintainya dan taat kepadanya.”
Ishaq mengatakan : “Awas, jangan mengeluh ketika engkau dicengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikan sangat sukar.”.

Kata Bezrajmahar: “ Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.

Insyaallah, mudah-mudahan termakbulkan dengan apa Allah janjikan kepada umatnya. Bersabarlah!! Amin.







Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...