Wednesday, March 14, 2012

Safiyya - Raudhah


Assalamualaikum..wbt..

Hari ini ayu nak citer pasal rancangan di TV9 yang menarik minat ayu untuk menonton rancangan tersebut. 


Sementara itu, ia juga diterbitkan dari sebuah program majalah terbaru yang turut dilancarkan dan diberi nama "Safiyya". penonton boleh menyaksikan tips-tips serta fesyen muslimah terkini. Safiyya ini membawa maksud “sahabat baik” telah menemani penonton pada setiap Ahad pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam bermula 2 Januari 2011 tahun lalu. Program Safiyya juga yang menampilkan isu-isu berkaitan wanita dan dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Nor Azrina Mohd Salleh (juara Gadis Melayu musim ketiga) dan Liyana Hisham. Rancangan Safiyya juga mengetengahkan wanita moden yang aktif dan progresif tetapi masih menitikberatkan imej muslimah dan nilai-nilai keIslaman dalam diri. Dengan konsep pengacaraan yang lebih santai, program ini juga telah menyelitkan beberapa tips menarik seperti tips solekan, tips berpakaian dan sebagainya. Kepada mereka yang sukakan fesyen tetapi masih menerapkan nilai-nilai penutupan aurat, Safiyya adalah program yang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira had umur dan pada masa yang sama mendidik jiwa masyarakat sekeliling untuk mendalami ilmu jasmani dan rohaniah menerusi televisyen kan. Soalannya sekarang mari kita naikan raiting rancangan Safiyya ini sure tak rugi pun menonton...

Hos Rancangan Safiyya yang Sweet

Liyana Hisham

Rina Salleh (Juara Gadis Melayu musim ke 3)




***** Ayu bagi 5 bintang untuk rancangan Safiyya..hihi...=D


        




Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

0 orang comment:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...