Friday, March 30, 2012

Cinta buat Emelda





CINTA BUAT EMELDA
Slot: Akasia,
Mula Tayangan: 26 MARCH 2012
Masa Tayangan: 7.00malam.
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis.
Pelakon: Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha, Rykal Iskandar, Rabecca Nur Al-Islam, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin dan ramai lagi.
Manggantikan drama: ATAS NAMA CINTA (TV3)


ehsan google.


SINOPSIS CINTA BUAT EMELDA (TV3)


Drama terbaru di Slot Akasia, Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza.



Emelda seorang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emira terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung.

Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.





Adik Mia Sara Nasuha yang comel.



Jalan cerita yang menarik walaupun ada perubahan sedikit dari cerita novel "Kasih Antara Kita".










Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Happy birthday for Him


Assalamualaikum..wbt..

Susahkan nak lupa segalanya apa yang pernah dilalui...Happy Birthday abang walaupun kita hanya kenangan.

Setahun 3 bulan juga abang tinggal iman tanpa kata...abang pernah cakap dekat iman bagaimana payah abang mendapatkan iman begitu payah juga iman hendak lupakan abang setiap detik.

Jadi itulah iman lalui hari-hari mesti teringat abang..rasa benci tetap ada tapi iman manusia biasa tiada kuasa untuk menidakkan perasaan yang tubuh dihati.

Hari ini hari lahir abang yang ke 26 tahun. biarlah apa iman ingin luahkan hanya untuk abang bukan orang lain..walaupun apa abang buat ke atas iman hanya tuhan sahaja yang tahu.




Kenangan bersama..


Happy Birthday Mohammad Helmi Bin Abd. Aziz.








Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Wednesday, March 14, 2012

Safiyya - Raudhah


Assalamualaikum..wbt..

Hari ini ayu nak citer pasal rancangan di TV9 yang menarik minat ayu untuk menonton rancangan tersebut. 


Sementara itu, ia juga diterbitkan dari sebuah program majalah terbaru yang turut dilancarkan dan diberi nama "Safiyya". penonton boleh menyaksikan tips-tips serta fesyen muslimah terkini. Safiyya ini membawa maksud “sahabat baik” telah menemani penonton pada setiap Ahad pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam bermula 2 Januari 2011 tahun lalu. Program Safiyya juga yang menampilkan isu-isu berkaitan wanita dan dihoskan oleh dua pengacara baru iaitu Nor Azrina Mohd Salleh (juara Gadis Melayu musim ketiga) dan Liyana Hisham. Rancangan Safiyya juga mengetengahkan wanita moden yang aktif dan progresif tetapi masih menitikberatkan imej muslimah dan nilai-nilai keIslaman dalam diri. Dengan konsep pengacaraan yang lebih santai, program ini juga telah menyelitkan beberapa tips menarik seperti tips solekan, tips berpakaian dan sebagainya. Kepada mereka yang sukakan fesyen tetapi masih menerapkan nilai-nilai penutupan aurat, Safiyya adalah program yang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira had umur dan pada masa yang sama mendidik jiwa masyarakat sekeliling untuk mendalami ilmu jasmani dan rohaniah menerusi televisyen kan. Soalannya sekarang mari kita naikan raiting rancangan Safiyya ini sure tak rugi pun menonton...

Hos Rancangan Safiyya yang Sweet

Liyana Hisham

Rina Salleh (Juara Gadis Melayu musim ke 3)




***** Ayu bagi 5 bintang untuk rancangan Safiyya..hihi...=D


        




Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Monday, March 12, 2012

Sepi, sunyi itu membunuh perasaanku

sepi, sunyi dan hiba....






Sepi..
kau hadir di setiap hati-hati yang inginkan belaian jiwanya..
hati-hati yang dahagakan perhatian..
seperti AKU..
kau bagaikan teman setia..

sepi....hiba
kau hadir bersama tatkala AKU dilanda kesunyian..
AKU tidak menyalahkan kau sang sepi..
cuma AKU letih dengan si hiba..
dia seperti tidak mengenal AKU..

mengapa?
adakah AKU lahir ke duniaNya ini untuk kau si hiba..

*diam*

ntah..
AKU letih.....untuk sekian kalinya..






Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...