Thursday, February 23, 2012

Sakit Itu Penghapus Dosa

Selamat pagi kawan-kawan.



oh ye dah 3 hari ayu selsema dan sakit tekak(tonser) beserta sakit telinga teramat sangat. batuk pun datang kadang-kadang je. semalam ayu dapat cuti sakit (MC) lah senang ceriter, selepas dapatkan rawatan ke klinik balik rumah terus makan ubat tapiiii....kan tetap menghaduiii sampai pagi esoknya tau. huhu jumaat ini kena jumpa doktor semula untuk vakum cecair di dalam telinga. masa sakit doktor tak nak buat nanti menjerit- jerit kesakitan sebab gegandang telinga kita bengkak karang jadi lain pulak...redha jela...padahal dah nagis-nagis tahan sakit punya pasal...



memang seksa bila kena penyakit.siapa yang nak penyakitkan.ayu sejak dua menjak ini selalu demam. mungkin cuaca hujan dan panas terik yang tak menentu. ditambah kurang minum air masak tulah yang cepat diserang demam.



bila kita fikirkan balik,ayu pernah dengar ustazah cakap yang penyakit ini sebenarnya penghapus dosa kita. hari-hari kita hidup kat dunia ni mesti tak terlepas dari dosa. kita kan manusia, bukan malaikat.selalu ada sahaja kesilapan yang dilakukan.jadi, demam  atau penyakit yang tidak disangka-sangka ini antara penghapus dosa.ayu tak sure dosa besar ke dosa kecil. tapi ayu tahu dosa besar memang kena buat solat taubat nasuha.



bila kita demam atau sakit, memang kita akan lebih rapat dengan Allah SWT. masa itulah kita akan teringat pada DIA. kita akan sentiasa menyebut nama DIA dan minta agar penyakit kita disembuhkan.sebab hanya DIA yang mampu sembuhkan kita dan ubat yang kita makan hanyalah salah satu ikhtiar kita.


Jadi,sakit itu bukanlah satu penyeksaan. tapi satu cara untuk kita lebih ingat pada Tuhan. Tuhan kan Maha Adil. jadi,dia tak kan menyusahkan hamba DIA.apa yang berlaku ini semua ada hikmahnya.






p/s lepas ni kena minum air masak banyak setiap hari. =D

No comments:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...