Thursday, February 2, 2012

Kelopak MataKu Bergerak-gerak!!!

Mata juga boleh memberitahu segala rahsia hati seseorang....


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini sudah masuk lima hari kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat :
  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik.
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata saya cepat sembuh. Dan saya juga sertakan website rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Ermmm...pengeluhan saya yang sangat panjang...tanpa diduga saya rasa terganggu kedatangan seseorang yang amat saya benci kembali semula dan mengganggu ketenangan hidup saya..dia adalah masa lalu yang harus di padamkan terus dalam ingatan saya..cukuplah derita engkau beri pada saya....dan bukan mudah untuk saya kembali sihat,tenang dan hidup seperti orang lain..



Saya mempunyai masalah percaya orang terutama orang menganiyai saya...

2 comments:

  1. urmmm Emma pun slalu je kelopak mata bergerak2

    ReplyDelete
  2. emma ade sesuatu trjadi kt ayu dlm sminggu ini..mgkin kelopak mata kiri ayu adelah petunjuknya...

    ReplyDelete

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...