Tuesday, October 16, 2012

Menghilang kerna membawa hati terluka..

Assalamualaikum wbt.

Pekaba!! blogger yang sudi datang sini..rasanya sudah lama sangat iman tinggal blog selepas hari raya adilfitri...bukan sengaja menghilang tapi di sebab tuntutan kerja pastu macam-macam kejadian berlaku tanpa iman duga dan dirancang. 

Kemungkinan besar juga pembaca blog iman mula hilang takpun bosan dengan iman yang tidak kondsisten mengupdate blog..maaf sekali lagi iman manusia biasa juga.

Selama iman tiada diblog ini iman rasanya banyak cerita sedih dari keriangan..kekadang iman letih keadaan sekarang, terpaksa hipokrit dengan diri sendiri, didepan semua yang kita mampu happy tapi sebenarnya dalam hati Allah saja yang tahu..

Iman terlalu sangat rindukan kebahagiaan datang menjengah dalam kehidupan iman itulah masa yang iman harapkan.

Ya Allah ya tuhanku engkau jadikanlah aku seorang perempuan yang sangat tabah mengharungi segala dugaan yang engkau beri pada hambamu..sekiranya hambamu ini tidak berdaya engkau ringankan dugaan untuk hambamu ini.






Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas dari Iman


Assalamualaikum..wbt. kawan-kawan..

Alhamdullillah, esok tinggal satu hari lagi kita beribadat puasa, sebelumnya kita menyambut tibanya syawal untuk semua umat islam..Iman tak lupa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala peri iman sepanjang berblog ini..terima kasih juga kepada semua yang sudi singgah ke blog iman yang tak seberapakan..

Pesanan terakhir iman buat blogger yang menunju balik ke kampung, berhati-hatilah memandu tau. pikir-pikirkanlah orang yang tersayang di sekeliling anda..jadi memandulah cara berhemah sekali dan sayangilah diri anda sendiri..


Friday, August 3, 2012

Iman Diet Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kawan-kawan..

Haii..iman nak minta maaf sesangat pada yang sudi singgah ke blog ini..Bulan ramadhan kali ini iman busy cket tula yang tak berkesempatan update entri seterusnya dari awal puasa hari tu..mmm..Bagi umat islam seluruh dunia yang berpuasa, pejam celik kite dah pun 14hari kite berpuasa kan, pantas masa berlalu..alhamdullillah.iman pun masih lagi diizinkan untuk berpuasa belum ada ponteng-ponteng tau..hikhik!!

Bulan ramadhan kali ini..iman ambil peluang untuk berdiet..kenapa iman nak diet?? Sedangkan gambar sediada kt blog dah cukup kurus kan?? sebenarnya 8bulan kebelakangan ini berat iman naik mendadak atas sebab sebab tertentu dan salah satunya adalah pengambilan ubat hospital diberikan oleh doktor iman..maklumlah sebelum ini iman sakit teruk..sekarang alhamdullillah iman beransur sihat hendaknya..

Kalau korang nak tahu iman tidak berdiet keseorangan abang along iman, akak ipar dan adik angkat iman turut sama berdiet sekali. Kami berdiet adalah untuk sihat dan cantik kan..maklumlah zaman sekarang ini kalau tidak dikawal pemakanannya macam-macam penyakit datang..subahanaallah..minta dijauhkanlah.

Diet iman bulan puasa ini memang mencabar tau.sebabnya iman tak boleh ambil makanan yang ada karborhidrat dan bergula untuk hasil penurunan diet efektif tapi memang berhasil laa dalam seminggu iman boleh turun 5kilogram..

Produk Perlangsingan Badan yang terkenal di New Zealand yang iman sedang amalkan sekarang adalah ALPHA LIPID SD2.


Sekarang iman dah cuba..kalau korang berminat sila mencuba serta merasa sendiri kesannya juga yang penting kena sabar dan disiplin untuk mengawal nafsu selera makan.. Selamat Mecuba dan Selamat berpuasa ya.


Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan




Assalamualaikum kawan-kawan, 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak tinggal sehari je lagi. Alhamdulillah, syukur pada Allah, kita ditemukan lagi Ramadhan bulan yang penuh keberkatan untuk tahun ini. Semoga semua amalan kita diterima Allah. Dan bersungguh-sungguh lah mengerjakannya. Anggap ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. InsyaAllah, semoga diberkati. 

Dikesempatan ini, iman ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang iman berblog ni ada yang terkecil hati, terasa hati dengan penulisan iman yang ala-ala ni. Jangan simpan lama-lama tau! Orang-orang Johor, Kedah dan Melaka, selamat bercuti panjang ye. Awal Ramadhan iman cuti. nasib dapat cuti kalau keje tak bestnya. 

Dan tak lupa juga pada insan-insan yang iman sayangi, merindui walaupun mereka jauh di mata iman tapi mereka tetap di hati.always love you. 



Iman akhiri dengan senyum untuk kawan-kawan.





Wednesday, July 4, 2012

Untuk sekali lagi...

Assalamualaikum..wbt...





Termenung lagi memandang masa hadapan yang masih tak pasti..

..Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun iman pasrah..

sabar lagi menanti..

iman masih dalam keadaan di lema, takut , pedih n semua ada..

iman sendiri pun tak tahu laa bila ada penghujungnya..

minta maap semua reader iman takda mood nak tulis pepanjang..

setakat ini je yang mampu..

bubbye..



Tuesday, June 26, 2012

Jom Followers Twitter Ayu Iman



Assalamualaikum..wbt.

Hai reader blogger!!! Iman nak promote dan nak Korang following

Twitter iman juga...

Emm..tertibe rasa boring twitter yang sekarang disebabkan xde geng nak bertweet laa...huhu..

s0 nak tambah geng tweet....please help iman uallz!!=P

Klik sini  add Ayu iman 




Camat Bertweet dengan iman tau...insyallah iman akan balas tweet korang juga~hihi..=)








Friday, June 22, 2012

Jom Link : "Emma Cari BLOGLIST Bulan July"



Assalamualaikum..wbt..


Jom share link dengan rakan 

blogger kite yang agak lincah di papan kekunci menghasilkan coletehnya..siapa lagi klo bukan....


Beliau sedang mencari senarai BLOGLIST baru untuk Bulan July memandang bulan Jun dah nak 

hampir ke penghujung bulan kan...

sambil- sambil tu boleh menambah kenalan baru dalam dunia blogger...tak gitu u allz!!


~so apa lagi sila terjah tuan blog nie~





Thursday, June 21, 2012

Hujan lebat di petang hari...


Assalamualaikum...wbt...

Hai reader...selamat petang! huhu...Ermm ~ sejuknye rasa n mengantuk pun ada...aduii..padan muke iman kan...siapa suruh tak bawak selendang or kot kat office..bajet cool la kan..ambil ko sejuk macam ais sekarang nie.. maklumlah hujan lebat sesangat kat luar office tau siap ada guruh bagai...takutnyeee!!!

macam ini la iman selalu kalau seseorang lonely..=(

Mujur la tempat iman tak banjir lagii da sekarang.. Kalo tak susahla juga nak main angkut-angkut barang nie..
Oleh itu,,sempena hujan hari nie..jaga kesihatan korang..sebab sejuk-sejuk nie mudah angin..
Nanti mula jadi pening kepala, semput la, perut kembung la n macam-macam lagi..
So kalo sejuk tu pakai la stoking yer (padahal stanby nak main bowling tu) or banyakkan minum air suam/panas la korang..
Jangan kuatkan sangat air-cond kat tempat kerja tu..~~ hehe
Elok ler berdoa time-time hujan nie..orang cakap berkat..Oleh itu,, berdoa la yer banyak-banyak time hujan dengan niat2 yang baik..Amin.. 
Take Care~~




Wednesday, June 20, 2012

"SEGMEN AYUEJEAN : MENCARI BLOGLIST"





Assalamualaikum..wbt..

Pagi semua reader! 
iman dapat mesej chatbox dari Cik Ayuejean untuk join segmen bloglist..


Jom join Bloglist AYUEJEAN

Tarikh Tutup : 25 JUN 2012






Monday, June 18, 2012

Rahsia Wanita yang bersifat Tanah, Api, Angin Dan Air




Assalamualaikum..wbt..


Selamat petang!! Iman nak kongsikan dengan reader semua tentang sifat yang ada pada diri kita sendiri..okey anda pulak tergolong yang mana??





WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 



Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa 





WANITA API 

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember). 



Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan 





WANITA ANGIN 

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari). 



Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja 





WANITA AIR 

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac). 



Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri



Jom komen-komen di entri nie ya...terima kasih yang sudi membaca blog iman tau..iman sayang korang ketat-ketat..=)





Credit : 1001rahsiadiri






Thursday, June 14, 2012

Today is my Birthday!!


Assalamualaikum..wbt..

Alhamdullillah.syukur iman masih lagi diizinkan Allah untuk bernafas untuk tahun ke 24 ni..
iman nak ucapkan terima kasih kat mak ayah yang membesarkan iman selama ini dengan kerenah iman agak degil tu..tapi kan adeq baik hati kan dan comey kan mak ayah!!hihi.. 
abang long pulak adeq sayang abang walaupun perbezaan umor sangat jauh..abang tetap di hati adeq..sorry abang long kalau deq jalan dengan abang comfirm orang ingat deq anak abang..haha...pelik kan abang besar adeq kecik sangat..haha...

Tak lupa kat kekawan yang wishing birthday iman hari ini.. iman terharu sangat sebab masih ada yang ingat iman..jadi iman nak ucapkan terima kasih bebanyak kat korang..
terutama adeq angkat iman ct, kema, panda, dan sahabat -sahabat yang lain..

iman harap sangat iman semakin tabah dengan apa yang dilalui dalam hidup iman sebelum ini malah membuatkan iman lebih dewasa untuk harungi kehidupan masa mendatang..lagi pun banyak perkara iman da buang masa sebelum ini...sebab itu iman nak kejar semula apa yang tertinggal dan capai impian iman..

selamat hari lahir untuk diri iman sendiri yang ke 24 tahun
moga iman tergolong orang-orang yang solehah..amin...

terima kasih silent reader yang sudi membaca entri iman ini..=)






Monday, June 11, 2012

Mood iman masih tak stabil...



Assalamualaikum...wbt..




ihsan cik google

mood iman masih tak stabil...

iman banyak diam kan diri...

iman mengaji al quran untuk menenangkan hati yang resah...

mmm...






Monday, June 4, 2012

Teringin nak makan turtti frutti sekali lgiii...


Assalamualaikum..wbt.

Selamat pagi!! iman today ngantok sangat macam orang tak cukup tidoq je..haha...memang pun mata iman daa macam panda jee... sebenarnya kan iman teringat turtti frutti iman beli masa balik check up doctor kat hospital, Johor Bahru minggu lepas. Balik tu abang along bawak iman dengan mak ayah makan, kebetulan restoran kitaorang makan berdekatan dengan trutti frutti apa lagiii ..iman pulak!! Memang teringin lama nak makan benda tue.so dah dapat tapi teringin lagiii walaupun mahal siyes iman sukekannya..

Pastu iman punya teruja kalau boleh nak picit semua mesin aiskrim trutti frutti yang ada kat situ dengan tabur segala macam jenis buah-buahan tapi memandangkan bajet iman tak cukup..berpada-padalah mengambilnya..lalalala....

Tapi sayang dekat sekitar kluang, Johor takda bukak lagi cawangannya..Kalau ada pun jauh juga nak pergi dekat Batu Pahat dan Parit Raja kot iman sendiri tak sure..tue pun member yang cakap kat iman...

Trutti Frutti iman ambil sendiri..haha...nie pun da cukup mahal deii.. tak kisah janji sodap...




siyes iman nak makan nie lagii ada sesapa boleh bawak iman ke trutti frutti tak?haha...





Friday, June 1, 2012

Gunung Lambak part 3


Assalamualaikum..wbt...

Helloo korang!!! kali ini  iman panjat gunung di temani oleh Fatin Adila pulak..tekiu fatin lepas nie memang selalu laaa kita berjogging bersama di hujung minggu...selain Kema dan Panda ada lagii nak join iman panjat gunung lambak lagi Nadia Johari juga...jadi sekarang iman takda masalah untuk pergi bersenam sebab daah ade geng....horeeee!!!


Tayang gambor !! 






takda keje...hihi...tunggu misi yang lain pulak ya!! iman sebenarnya berjuang untuk sihat dan kuruskan badan yang naik medadak sebelum nie..huhu...





Thursday, May 31, 2012

Moment hangout dengan kekawan lama..



Assalamualaikum..wbt. dan

Salam sejahtera Reader! Apa plan korang hujung minggu nie? Mesti nak ke majlis kenduri kahwin sedara-mara atau kekawan kan..maklumlah sekarang time cuti sekolah memang laa banyak undangan majlis kahwin sana -sini...huhu...So...

Weekend yang lepas iman baru dapat spend masa keluar dengan kekawan lama masa sekolah rendah dulu..iman seronok sangat dapat jumpa diaorang sebenarnya, o'coz lama tak jumpa..masing-masing busy yang seorang baru habis belajar dan seorang lagi baru saja kerja...iman pun ambil peluang habiskan masa berjimba dengan dua orang budak comey arr...



:: Moments hangout with friends ::


Cik  Nadia Johari bakal Doktor nie tau siyes sempoi gile orangnya dari sekolah iman kenal dia macamtuelah sekarang...






Yang ini Cikgu Fatin Adila dari dulu sampai sekarang still comey jee...

Alhamdulillah..geng-geng batch iman masing-masing sudah ada kerjaya hanya tinggal nak bina Masjid je lagii...haha...gatal pulak!! Erm..hari tue iman hangout dengan Nadia Johari tengok wayang cerita The Avengers siyes best cerita dia..hihi..kelakar pun ada..iman suka watak-watak dalam The Avengers tak bosan laa tengok kira tak buat iman tertidoq dalam panggung wayang tula..cume satu jela masalahnya sound system tersangatlah kuat banyak buat aksi iman terkejut!! hampeh...


The Avengers with Nadia Johari

Hoore - Hoore with Fatin Adila


Filem Hoore- Hoore iman tengok dengan Fatin Adila siyes korang tak rugi beli tiket untuk cerita muzikal ini...Bagi iman best laa sebab ada usur-usur kelakar, sedih, dan tauladan sebenarnya...Al maklumlah..kekawan iman jarang nak layan cerita melayu kat wayang kalau nak tengok pun beli DVD je...nampak sangat kitaorang tak support filem melayu...iman pulak tak kisah layan je...iman pun bukanlah kaki wayang pun..kalau di ikutkan iman memang sudah tak jejak kat panggung wayang dekat setahun setengah tue..sebabnya banyak moment bersama somebody kat situ..ambil masa lama juga iman nak jejak semula tau...

tiket wayang yang masih disimpan...hihi..

sekian reader semua penat daa taip..tunggu next entri iman ya..bye!!





Tuesday, May 29, 2012

Semangat Untuk Sihat dengan Aktiviti Futsal...



Assalamualaikum... wbt..



Hai reader semua..sorii sesangat iman dah seminggu lebih biarkan blog bersawang jap..haha..macam lama bebenor tak mengupdate kan..

Macam gini cerita iman baru-baru ini adalah melepak kejap dengan kakak-kakak iman merangkap jiran tertangga, dalam borak-borak kami timbul la isu futsal..apa lagii semangat betul kakak-kakak tue nak main futsal walaupun tak tahu main kan..

Pastu  balik iman  pikir laa, takkan nak main 3 orang saja dalam gelanggang futsal tue takkan jadi apa -apa kot..so dengan petah berbicara iman ringankan mulut tanya-tanya lah member yang nak join futsal dan taq kekawan kat FB..sebabnya iman nak buat team futsal kalau boleh sekurang-kurang ada 10 orang pemain...iman tak kisah kalau tak pandai main pun atau kaki bangku..insyaallah boleh di ajarkan kasi pandai...padahal iman sendiri pun tak tahu konsep main futsal macam mana main agak jee...apa-apa nanti, iman akan buat research tentang peraturan, teknik dan bagaimana bermain futsal???orang kata nak main pun kene pakai skill dan akal juga bukan main berlasah atau tendang bola je kan kena ada cara dan teknik juga kan...tak gituee...hihiks!!!!




Jadi apa di planning ini menjadi...bila ada buat team futsal macam ni sekurang-kurangnya ada aktiviti sukan kami yang mengeluarkan peluh ..selain menyihatkan badan masing-masing yang semakin menggebukannn....


Iman harap ada respon terbaik dari blogger - blogger lain...untuk memberi tunjuk ajar dan kongsi tentang ilmu permainan futsal??








Thursday, May 17, 2012

Minggu malang iman....

Ayu iman

minggu malang iman + stress lagiii + lonely = Jawapannya??

muka serabut senyum pun susah...

serius stress menyebab iman susut sedikit je...

sudah bape hari iman tak lalu makan...

tidur asyik terjaga bila bangun pagi muka sembab (sbb nages sebenarnya)...

paling iman bengang sekali apa iman buat dan rancang tak menjadi...

v

v

v

v

.....................

>> MALANGNYA RASAAAAAAA!!!!!!! <<



Ada tak siapa-siapa boleh buat iman tersenyum???


ihsan cik google







Friday, May 11, 2012

Titisan Redha



insan cik google

Menangis iman sepuas-puasnya jika di saat ini hati sedih, perit dan pedih tak tertanggung rasa. Tidak salahkan iman mengalirkan air mata ini, sedang Rasullullah SAW juga punya air mata dan rasa sedih pada erti kata kehilangan begitu juga dengan iman.

Dari sudut pandangan iman " Hawa" memang diciptakan untuk "Adam"..
Selalunya dikait rapat dengan istilah Muslimah Sejati ialah ibarat Mutiara.
Berada di dasar laut dan di lindungi oleh Tiram bercengkeram.
Walaupun susah untuk dimiliki, ia tetap di terokai dan di cari kan.
Harganya tentunya mahal dan cantik malah tidak di usik oleh tangan-tangan menganas.
Apabila dipamerkan, ia tetap di bungkus indah ...sangat indah.

Iman tahu semua insan bergelar Adam mengidamkan Mutiara itu, ingin memilikinya..pasti di jaga baik dan elok.. tetapi bagaimana kalau Mutiara idaman itu rosak...pandangkah kaum Adam pada Mutiara itu?Sanggupkah memelihara mutiara sebaik Mutiara yang cantik dan tidak tercemar itu...??  Iman pun tiada jawapan itu hanya kaum "Adam" boleh memberi jawapan itu.

Kata-kata iman pegang :-

Iman redha jodoh itu rahsia Allah SWT..

SEKUAT mana iman setia...
SEHEBAT mana iman merancang..
SEJAUH mana iman menunggu..
SEKERAS mana iman bersabar...
SEJUJUR mana iman menerima kehadirannya...


Yang iman sendiri tidak tahu siapa gerangannya...
Jika Allah telah menulis jodoh itu untuk iman bersama.... bermaksud iman redha akan bersama dia..

Insyaallah.

Iman bukanlah Mutiara yang sempurna..tetapi ingin mecari kehidupan yang baik diredhaNya.





Tuesday, May 8, 2012

Nampak Kelibat Saya??






Assalamualaikum...wbt...

Ya Allah..


Siapa pulak nampak kelibat saya di office semalam...?? sah-sah semalam iman tak datang office korang biar betul nampak kelibat kite dekat office...kalau betul kite komfirm kite mesti tegur kamu semua....opps..semalam yang pasti iman still dekat atas katil masih tidoq tak sedar diri..bangun pun sebab nak solat subuh dan hantar mesej kat bos (saya mc tak sehat)...sorry korang tak datang kerja bersebab ek...sebabnya iman demam + Migrain + muntah...memang tak larat nak pergi kerja semalam...okey dalam pukul 2 petang baru badan rasa okew barulah ayah iman bawak pergi klinik check doctor..huhu...


kamu betul-betul mecuakkan Saya!!! 

dan

kamu berdua buat iman meremang bulu roma laa...adeiii!=(




Ayu iman









Friday, May 4, 2012

BEN ASHAARI tanya blogger Sapa nak??



http://www.benashaari.com/2012/05/segmen-tukar-link-blog-blog.html


Jom join tukar LINK dengan Iman??

nanti iman senarai bloglist dalam blog iman juga yang pasti korang pun kena support iman sekali laa..

yang join iman ucapkan TERIMA KASIH SAYANG!! hihi..








Rahsia Tarikh Lahir


Assalamualaikum..wbt.


Peringatan: 
Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat individu itu hanyalah kebetulan. 


Iman nak berkongsikan artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, apa yang ingin dikongsikan ialah satu topik yang menarik di mana individu akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran masing-masing. 

Tetapi sebelum itu, Iman ingin menjemput anda membaca artikel tentang Rahsia Bulan Kelahiran. Di mana artikel tersebut adalah sifat-sifat seseorang hanya berdasarkan dari bulan kelahiran sahaja. Ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Ok, so tanpa membuang masa jom kita sama-sama ikuti apakah pula maksud Rahsia Tarikh Lahir ini. 

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir individu. Daripada nombor itu, individu juga akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan diri sendiri. 


Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir 

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah. 

Contoh:


21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2

Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini? 
Maksud Nombor Tarikh Lahir 

Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut: 


Nombor Tarikh Lahir: 1 


Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. 

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik 

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan 


Nombor Tarikh Lahir: 2 


Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. 

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. 

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna 

Nombor Tarikh Lahir: 3 

Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara. 

Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan. 

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby 


Nombor Tarikh Lahir: 4 


Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan. 

Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan. 

Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 


Nombor Tarikh Lahir: 5


Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu. 

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu. 

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears 


Nombor Tarikh Lahir: 6 


Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ’6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai. 

Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri. 

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver 


Nombor Tarikh Lahir: 7 


Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah. 

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah. 

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson 


Nombor Tarikh Lahir: 8 


Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain. 

Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah. 

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda 


Nombor Tarikh Lahir: 9 


Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran 

Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. 

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley 
Hasil Pengiraan dan Potensi Diri 

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. 

Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton, dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2. 

Bagaimana pula dengan anda?Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama iman dalam ruangan komen di bawah.

**Jom sharing pendapat korang di sini tau....







PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...