Saturday, July 23, 2011

Suami, Isteri Dan Cermin

Alkisah, sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok (dua tingkat lagi) dalam hutan. Kerja suaminya mencari makanan seperti memburu dan memetik buah-buahan hutan. Manakala isteri pulak hanya duduk mengemaskan di rumah sahaja.  Suatu hari, sedang suami mencari makanan di hutan, tertiba-tiba beliau terjumpa cermin.  Beliau membawa balik cermin itu dan menyimpan cermin tersebut di tingkat atas tanpa pengetahuan isterinya.


Setiap hari, sebelum beliau keluar mencari makanan, beliau akan masuk ke dalam bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah, isterinya merasa pelik melihat telatah suaminya itu. Maka, disiasatlah bilik  yang selalu dimasuki suaminya, bimbang jika suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Sebaik sahaja, masuk ke dalam bilik itu, isterinya ternampak cermin suaminya. Oleh kerana, beliau tidak tidak tahu fungsi cermin itu, jadi beliau ingat orang di dalam cermin itu adalah perempuan simpanan suaminya. Apa lagi, beliau berlari menangis dan meraung mencari emaknya.


Apabila diberitahu hal tersebut kepada emaknya, maka emak beliau sendiri ingin melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu. Lalu, emaknya masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian, keluar dari bilik sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri : Apasal mak ketawa...?
Mak : Apa teruk benar selera suami kau tu.  Kalau ye pun nak kahwin lain, carilah perempuan yang elok sedikit.  Ini tidak....aku tengok permpuan kat dalam bilik itu...dah la tua...hodoh pulak tu.....

** cuba pahamkan kisah di atas ini ya.....hihi...

Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

0 orang comment:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...