Wednesday, July 20, 2011

Petua Sihat Dan Cerdas

sekilas....SIHAT

BIARKAN DIRI ANDA DIKELILINGI RAKAN-RAKAN yang sentiasa positif dan membantu anda membina diri menjadi individu yang lebih baik. Kajian dari sekumpulan saintis dari Australia mendapati bahawa mereka yang memiliki hidup lebih bermakna dan lebih lama.

Urus tekanan dengan bijak menerusi kaedah pernafasan yang baik , senaman, mendengar muzik dan memandang potret insan kesayangan anda. Tekanan yang gagal diurus akan membuatkan badan terasa sakit dan tidak bermaya.

JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR! Ambil udara segar, rasai mentari pagi, barulah tubuh terasa segar!

JANGAN TERLALU BIMBANG kerana kebimbingan hanya akan mewujudkan rasa sakit yang sebenarnya tidak wujud dalam diri. Itulah yang sering menghantar anda ke hospital tetapi setelah diperiksa, anda sebenarnya tiada sebarang masalah. Justeru, selalulah bertenang.

SELALULAH MEMBERI PENGHARGAAN kepada diri sendiri. Contohnya membelikan sepasang sepatu baru, sehelai baju yang didamba atau nikmat sepotong kek yang lazat setelah mendapat gaji. Itulah terapi untuk minda!

JANGAN LUPA CUCI TANGAN setiap kali sebelum dan selepas makan walaupun anda menggunakan sudu.

SESIBUK MANA PUN ANDA, jangan berkompromi dalam mendapatkan tidur yang cukup. Apabila tubuh berehat, barulah penghasilan sel dan otot tubuh akan sempurna tanpa gangguan.

BUANG ROKOK ITU! Anda berisiko untuk diserang sakit jantung, kanser, dan mempercepatkan proses penuaan tubuh.

BEKAS MINUMAN 'BPA-FREE' bukan sahaja perlu untuk bayi anda tetapi anda juga.

KASUT TINGGI MEMANG CANTIK DIGAYA. Namum ini pula bahayanya, ia boleh memberikan rasa sakit pada jari kaki seterusnya mampu menyebabkan keradangan pada jari. Kesan jangka panjang adalah jari kaki anda akan cenderung membengkok disebabkan bahagian hadapan kasut yang sempit.



Note :

Berbasikal adalah senaman berintensiti tinggi yang menyihatkan. Ia bukan sahaja membantu anda menggerakkan seluruh otot tubuh sebaliknya juga mampu memberikan anda ketenangan fikiran jika anda memilih untuk berbasikal di kawasan pergunungan yang menghijau.




Cerita budak kecik yg comey, Jgn lupe Like dan komen sekali.TQ.

0 orang comment:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...