Thursday, June 23, 2011

Migraine - Sakit Kepala Yang Amat



Salah satu kegemaran aku kalau aku sakit adalah membuat diagnosis terhadap diri sendiri sewaktu sakit, ala Dr. House gitu. Cara aku berfikir lain, aku nampak teori sains apa yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mungkin sebab aku fikir terlalu banyak membuatkan aku terkena migraine ni.. Adeh~

Dah bertahun sebenarnya ada sakit kepala ni, sakit dia daripada level pening-pening lalat ke tahap sampai boleh terasa (dan mungkin nampak) denyutan kat kepala ni terutamanya bila sujud dalam sembahyang. Malam tadi selak wikipedia dan rasanya informasi kat situ agak lengkap.

Apa yang boleh trigger/menyebabkan migraine ni datang?

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migraine adalah:
· alahan kepada sesuatu

· cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu

· tekanan fizikal atau emosi

· perubahan dalam waktu tidur

· merokok atau terhidu asap rokok

· tak makan

· alkohol

· haid

· makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)

· pening kepala

· makanan lain seperti chocolate

· cuaca

Biasanya kat sini, faktor penyebab utama aku pening kepala dan migraine ni adalah disebabkan perut kosong (tak makan), pening kepala dan faktor cuaca. Perut kosong tu normal la kat sini dan memang aku benci sangat. Bangun-bangun tidur je perut kosong! Ni part yang aku memang tak suka hidup kat sini. Kalau dalam sehari tu memang biasalah lambat lunch dan makan pun benda lebih kurang je..belum cerita sakit black magic lagi bertambah-tambah stress.

Faktor cuaca ni pun lagi satu. Kadang-kadang kat ni perubahan cuaca boleh berlaku dengan drastik. Macam sekarang ni nampak je cahaya matahari cerah, tapi kalau masuk ofiice je mesti menggigil. Perubahan dalam tekanan udara menyebabkan badan terpaksa menyuaikan diri untuk mengadjust kebolehan menyerap oksigen dan biasanya bila dah adjust2 macam ni boleh menyebabkan pening dan migraine.

Apa yang aku biasa buat kalau kena migraine ni?

Panadol dah semacam menjadi keperluan dalam hidup aku. Daripada sikit-sikit dulu, sekarang secara purata aku makan ubat postant dan panadol dalam setahun (50 biji). Kalau kena hari yang teruk ada pernah sampai 4 biji aku kena telan (nota: aras selamat makan panadol adalah 4 biji dalam masa 24 jam).

 
Lebih kurang macam ni la perasaan bila kena migraine ni

Lepas makan panadol, aku tidur biasanya. Kalau waktu siang, kena gelapkan bilik sebab cerah-cerah sangat pun tak boleh. Jadi lagi teruk pun kadang-kadang ada. Time migraine ni memang cepat marah dan perasaan nak cari gaduh tu sentiasa ada. Jadi aku elakkan sebarang komunikasi dengan manusia lain.

Aku tak tau kenapa, kadang-kadang time aku migraine aku kemaruk nak hentak kepala dekat dinding. Kononnya memberi kelegaan, mungkin sebab aku tak tahan sangat. Aku pun tak tau. Kalau winter aku berendam dalam air panas supaya suhu badan ni jadi normal balik, tapi biasanya kurang efektif gak sebab aku rasa terlampau sejuk, Senang sangat pening kepala time winter.

Jadi itulah cerita aku dan sakit kepala aku yang tak pernah sudah ni. Sabar jelah..

No comments:

Post a Comment

* Assalamualaikum.
* Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.

PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...