Monday, June 27, 2011

Sekeping hati

sekeping hatiku yang hancur..... 

Huh... Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul... Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku... Jika benar luka itu masih bersisa... Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka.... Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini... Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku... Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah... Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku....

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam... Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali... Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri... Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih... Sudah puas air mata ini mengalir di pipi... Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri... Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku.... Ahh... ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya... biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan... Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku... Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan... Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh... Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan... biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin... Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah... langsung tidak terdetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku..kerana semuanya kehendak Tuhan... Cuma apa yang aku harapkan... moga ada sinar kebahagiaan buatku.....

Saturday, June 25, 2011

Koleksi Novel ku




Happy a nice day......


Tertiba-tiba tegerak hati nak tulis pasal novel-novel aku yang mengunung ini...hehe...antara koleksi novel aku arr......:- 


Lengkap sudah novel SR...yeezzzzaa!!! 


Emm.....Lastly cukup sudah koleksi novel SR....Semuanya best2 belaka.... Bila time sedih...dengan aku2 sekali nangis....bila time lucu....dengan aku2 sekali gelak.....Seolah2 ada drama jer bermain dalam novel tu...huhuhu....First novel SR yang aku baca ialah ANDAI ITU TAKDIRNYA.....hehehehe....Novel ni kisah SYED AIZRIL dgn ALEYA...Dia ada 583 mukasurat jer.....Novel ni lah yang paling best dan yang paling banyak buat air mata aku keluaq.... huhuhuhu....banyak babak sedih dalam cita ni.....kalau la aku Aleya.....taktaula....Pastu aku baca plak buku CINTA KAU DAN AKU....Kisah ttg RISYA dgn FARISH HAKIMI....Tak silap aku buku ni dah 3 kali aku khatam.....hehehhe...Dia ada 684 mukasurat...Buku yang ketiga ini...LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..Tajuk dia Kisah ttg TENGKU AQILAH dan TENGKU RYAN AMEER.....811 mukasurat....mak aih...banyaknya....aku baca seminggu gak baru habis.... Last novel taktaula bila kurun bleh habis....hehehehe.... 7 HARI MENCINTAIKU...aku baru beli minggu lepas dengan kawan baik aku kema kt kedai buku POPULAR, Kluang Mall...


Kalau korang semua nak tahu aku ini pengumpul koleksi novel sejak sekolah menengah lagi...erm...diantara penulis aku suka laaa kan...Fauziah Azhaari, Aisyah Sofea, Norhayati Ibrahim, Siti Rosmizah dan ramai lagi penulis muda yang berbakat yang aku tak ingat nak sebutkan dekat sini...hohoho...dekat atas ini hanya sebahagian je novel yang aku suka bacalaaaaaaaa...mmm...kalau korang nak baca novel secara online pun boleh click link ini http://www.penulisan2u.my/ sila membaca ya.....daaaaaaa.....

Thursday, June 23, 2011

Migraine - Sakit Kepala Yang Amat



Salah satu kegemaran aku kalau aku sakit adalah membuat diagnosis terhadap diri sendiri sewaktu sakit, ala Dr. House gitu. Cara aku berfikir lain, aku nampak teori sains apa yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mungkin sebab aku fikir terlalu banyak membuatkan aku terkena migraine ni.. Adeh~

Dah bertahun sebenarnya ada sakit kepala ni, sakit dia daripada level pening-pening lalat ke tahap sampai boleh terasa (dan mungkin nampak) denyutan kat kepala ni terutamanya bila sujud dalam sembahyang. Malam tadi selak wikipedia dan rasanya informasi kat situ agak lengkap.

Apa yang boleh trigger/menyebabkan migraine ni datang?

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migraine adalah:
· alahan kepada sesuatu

· cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu

· tekanan fizikal atau emosi

· perubahan dalam waktu tidur

· merokok atau terhidu asap rokok

· tak makan

· alkohol

· haid

· makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)

· pening kepala

· makanan lain seperti chocolate

· cuaca

Biasanya kat sini, faktor penyebab utama aku pening kepala dan migraine ni adalah disebabkan perut kosong (tak makan), pening kepala dan faktor cuaca. Perut kosong tu normal la kat sini dan memang aku benci sangat. Bangun-bangun tidur je perut kosong! Ni part yang aku memang tak suka hidup kat sini. Kalau dalam sehari tu memang biasalah lambat lunch dan makan pun benda lebih kurang je..belum cerita sakit black magic lagi bertambah-tambah stress.

Faktor cuaca ni pun lagi satu. Kadang-kadang kat ni perubahan cuaca boleh berlaku dengan drastik. Macam sekarang ni nampak je cahaya matahari cerah, tapi kalau masuk ofiice je mesti menggigil. Perubahan dalam tekanan udara menyebabkan badan terpaksa menyuaikan diri untuk mengadjust kebolehan menyerap oksigen dan biasanya bila dah adjust2 macam ni boleh menyebabkan pening dan migraine.

Apa yang aku biasa buat kalau kena migraine ni?

Panadol dah semacam menjadi keperluan dalam hidup aku. Daripada sikit-sikit dulu, sekarang secara purata aku makan ubat postant dan panadol dalam setahun (50 biji). Kalau kena hari yang teruk ada pernah sampai 4 biji aku kena telan (nota: aras selamat makan panadol adalah 4 biji dalam masa 24 jam).

 
Lebih kurang macam ni la perasaan bila kena migraine ni

Lepas makan panadol, aku tidur biasanya. Kalau waktu siang, kena gelapkan bilik sebab cerah-cerah sangat pun tak boleh. Jadi lagi teruk pun kadang-kadang ada. Time migraine ni memang cepat marah dan perasaan nak cari gaduh tu sentiasa ada. Jadi aku elakkan sebarang komunikasi dengan manusia lain.

Aku tak tau kenapa, kadang-kadang time aku migraine aku kemaruk nak hentak kepala dekat dinding. Kononnya memberi kelegaan, mungkin sebab aku tak tahan sangat. Aku pun tak tau. Kalau winter aku berendam dalam air panas supaya suhu badan ni jadi normal balik, tapi biasanya kurang efektif gak sebab aku rasa terlampau sejuk, Senang sangat pening kepala time winter.

Jadi itulah cerita aku dan sakit kepala aku yang tak pernah sudah ni. Sabar jelah..

Monday, June 20, 2011

Tak Mahu Menagis lagi!!



Cukup laaa...aku tak mahu menangis lagi
sampai sini penderitaan aku
air mata kering keranamu..
berikan sedikit ruang kehidupan riang
untuk diri aku dan keluarga aku...amin...





Friday, June 3, 2011

Kerana Cinta Aku Rela Dalam Paksa





Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah
Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.





PenulisanKu Yang Pertama Dan Terakhir Untuk Tahun 2013!!

Assalamualaikum..wbt.. Hai pekaba reader semua!! sekian kalinya.. iman minta maaf sangat-sangat kerna telah membiarkan blog kesayanga...